Sunday, April 19, 2009

SUSAHNYA NAK LELAPKAN MATA

Penat masih terasa lagi. Lenguh-lenguh di badan, badan pun rasa lemah, kurang bermaya. Dah dua hari berturut-turut menyusun semua barang yang sepatutnya dibawa. Mujurlah ada kawan-kawan yang prihatin, di saat aku betul2 memerlukan semua pertolongan anda semua. selama dua hari ni gak lah, aku berulang alik dari Shah Alam ke Pandan Indah. Mengangkut semua barang milik aku yang banyak tu. Memang pening kepala. Tak tau yang mana harus didahulukan. Majalah je pun dah satu beg. Koleksi sejak dari 3 tahun lepas. Bayangkan. Maskulin n Remaja, tiap-tiap bulan beli. Belum lagi Majalah HAI, URTV, MEDIA HIBURAN dsb. Nilah kerja aku masa lapang. Suka sangat belek majalah. Tapi xde la sampai potong n tampal gambar artis kesayangan untuk dijadikan koleksi. Hanya hobi di masa lapang kalau tak banyak keja sangat.

Dari pagi, hinga tengah hari baru siap mengemas barang. Ni lak duduk umah sorang2. Umah baru ni ada 3 orang je termasuk aku. Sorang dah kuar, sorang lagi aku x pernah nampak lagi
sejak aku bayar deposit umah, ni dah duduk umah ni pun, masih tak nampak batang hidung lagi. menurut kawan aku sorang lagi (owner rumah), dia memang selalu sibuk kerana dia kerja shift.
Sunyi lak rumah ni. Maklum la baru lagi, tu yang terasa bosan dan kesepian

Mata pun susah nya nak lelap. Mungkin baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni.
Semua ni memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, kawan baru, persekitaran baru, bilik baru dan sebagainya la. Terlalu banyak perkara yang bermain di kotak fikiran aku tika dan saat ini. Bagaikan mimpi, sekelip mata aku dah meninggal kan umah aku, umah yang meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk melelapkan mata ini. Selamat Malam.


Danniel Kit

Friday, April 17, 2009

PINDAH UMAH.

Hari ni bgun kul 9..Kononnya semalam nk packing barang-banran. Nampak nya memang tak larat sangat. lama x dpt tidur yang cukup mcm ni. heheehe...Kawan2 semua sibuk ngan hal masing-masing. Ada yang buat persiapan nak konvo la.. ada gak yang sibuk nak praktikal. Malas la nak menyusahkan dorang. Kalau petang-petang sikit dorang boleh la menolong mengemas apa yang patut. Tapi memang malas nak "packing2" barang yang banyak ni..terutama sekali majalah, baju-baju, n semuanya..PENING ....hehe


Tapi kena pindah gak..coz dapat umah yg murah kat KL. sewa pun lagi murah dr rumah aku yang kat shah alam ni. Fully-furnished lagi, siap ada astro, peti sejuk, machine basuh n semuanya la... so boleh la tgok AF malam ni.hehe...harap-harap leh jumpa housemate yang bagus dan boleh memahami..

Ikutkan hati memang sayang nk tinggalkan rimah yang banyak meninggalkan segala kenangan pahit dan manis yang pasti sukar untuk dilupakan. Tetapi, sampai bila harus jadi macam ni? Hidup harus diteruskan. hehe..Lupakan segala kenangan lama dan mulakan hidup baru. Sayang gak nak tinggalkan kawan-kawan dan nak cari kawan baru yang boleh dipercayai, boleh berkongsi segala susah dan senang bersama adalah sesuatu yang paling sukar sekali untuk dilakukan. Maklum la..nak carik kawan yang tikam kawan, kat mana-mana je ada. Berlambak orang yang jenis mcm tu kan? Cayo la cakap aku..


Ok la...Nak kemas barang ni. Lapar gila siot..

Bye...

Sunday, April 12, 2009

Room for Rent (KL AREA)

Hai..Selamat Pagi Malaysia...
hari ni bangun awal sangat. 5.30 lagi dah bangun, mandi n siapkan diri untuk pergi kerja..Maklum la kerja kat KL, memang banyak memerlukan pengorbanan terutama dari segi fizikal dan mental. Tapi semua tu bukan halangan untuk melemahkan semangat untuk terus berkerja demi mencari rezeki bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung bukan satu perkara yang mudah, tetapi itu semua adalah satu cabaran yang harus dipikul dengan sebaiknya.

2 jam lebih awal sampai kat offis. Pintu offis pun masih x buka lagi..Memang syok juga kadang-kadang. Mendisplinkan diri bangun awal.

Ingat nk pindah KL dalam waktu terdekat ni. Senang ckit nk gerak n lagi memudahkan kos pengangkutan. So kepada sapa yang ada information tentang rumah sewa (bilik je) yang murah dan dekat ngan lrt station, pls inform saya.hehe..
help me pls

Danniel

Tuesday, April 7, 2009

MULANYA CABARAN BARU

Esok merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Melangkah ke arah satu alaf baru, tugas baru, misi yang baru dan yang paling penting adalah semangat baru. Gementar berbaur gemuruh juga di hati ini. Bukan "Gemuruh" lagu Faizal Tahir, tapi satu perasaan yang sukar utk dimengertikan.

Maklum la..Esok hari pertama bekerja di tempat yang baru. Suasana baru, rakan baru, bos yang baru dan tugasan baru yang pasti akan mencabar minda. Macam mana agaknya semua pekerja kat tempat baru ek? Bagus kah mereka? peramah ke mereka? atau mereka jenis yang angkuh, sombong atau berlagak seolah-olah mereka adalah yang terbaik di antara semua nya.

Bermacam-macam persoalan bermain hi benak aku ni. Tapi persetan kan semua persoalan bodoh itu. Apa yang penting aku datang dengan sepenuh keikhlasan dan aku cuba melakukan yang terbaik.

Harap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Tuhan akan memudahkan setiap perjalanan hidup aku dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Yang pasti, aku akan mulakan hidup baru yang lebih mencabar. Hidup satu perjuangan.

Tuesday, March 24, 2009

RAHSIA PERSONALITI DIRI

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri lebih banyak bercakap dari mendengar berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak.

b) Personaliti Pendiam

Bersifat lebih suka menyendiri sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai mudah merasa diketepikan dalam keramaian lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa

Bersifat:mahu jawapan yang pasti dan tepat suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu kurang mempunyai firasat

d) Peramal

Sifatnya:gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut sering memberi jawapan berbentuk umum gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti Pemikir

Bersifat:mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik yang penting dia mestilah benar setiap masa kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti Sensitif

Bersifat:sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Agak-agak, aku yang mana ek?
hehe..
Hanya Tuhan je yang tahu..

Monday, March 23, 2009

KENANGAN DI KOTA BHARU













21-22 March 2008..

Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi tatkala menerima undangan seorang kawan rapat untuk mengunjungi Kota Bharu. Lagi pula, antara negeri yang ada kat Malaysia ni, hanya Kelantan, Terengganu & Sabah je yang aku x pernah pegi lagi. Walaupun tak ada apa yang menarik sangat tetapi orang cakap, jauh perjalanan maka makin luas la pengalaman yang kita perolehi.

Kali ini juga merupakan kali pertama naik penerbangan "FIRE FLY". Kapal terbang yang kecil daripada apa yang pernah aku naiki sebelum ni. Timbul gak keresahan di hati sebab selama ni pun tak pernah lagi menggunakan penerbangan "Fire Fly". Mujur lah apabila masuk ke dalam ruangan pesawat, hati ni sejuk sikit tatkala melihat "amoi-amoi" cantik yang bertugas pada hari tu. Sungguh tak dapat dinafikan yang kebanyakan pramugari yang bertugas cun-cun belaka. Sepanjang perjalanan, semuanya berjalan lancar dan memang selesa dengan services yang diberikan.
Melalui pengamatan saya, kalau nak mencari ketenangan, memang sesuai la bercuti di Kota Bharu. ini kerana, bandarnya tak lah sesibuk KL, malah senang nk bergerak ke sana ke mari. tak perlu nk memikirkan pasal jalan sesak atau sebalik nya. Mungkin masa tu x sesak lagi kut..Aku pun x tau.

Sempat gak jalan-jalan di Pasar Siti Khadijah. Tak beli apa pun, Sekadar window shopping jer. Apa yang penting sekali ialah sesi fotographi. Penat gak member tolong jadi photographer yang tak bertauliah. hehe..

Selain tu, sempat juga ke Pantai Cahaya Bulan yang dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Dah tukar nama dah. hehe..Sayangnya, banyak sangat sampah sarap. Pantai ni memang cantik cuma kebanyakan pengunjung yang datang tidak menghargai keindahan alam sekitar. Sampah sarap bertaburan. Memang tiada rasa tanggungjawab langsung.

Tapi memang best gak la, walaupun sempat berjalan ke beberapa destinasi sahaja memandangkan flight aku pun pkul 4.50. So..kena siap-siap pegi Airport.

Selamat Tggal Kota Bharu.








Monday, March 16, 2009

"TERATAK SEPI"




Biar emas setinggi gunung sekalipun..
Belum tentu dapat menandingi pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh ibu dan ayah kita..

Walau selautan permata sekalipun..
Masih tidak dapat menandingi segala penat lelah, titik peluh ibu dan ayah kita, membanting tulang, mengerah segala kudrat untuk membesar kan kita.

Walau seeokor nyamuk sekalipun, tak akan dibiarkan menyentuh tubuh badan kita, malah sedikit pun tidak pernah terlintas keluhan dan penyesalan di benak mereka walaupun terpaksa berkorban apa sahaja untuk memastikan kita bahagia.

Begitu besar pengorbanan mereka. Senyum yang terukir di bibir tatkala hati mereka menangis..sayu.. dan pilu adalah semata-mata untuk menutupi semua kesedihan yang mereka tanggung kerana, sesungguhnya, mereka tidak ingin kita tahu segala kesedihan itu. Biar lah mereka sahaja yang menanggungnya, asalkan kita sentiasa bahagia dan terus tersenyum.

Entah kenapa, hari ini, hati begitu tersentuh tatkala terbaca satu artikel mengenai Rumah Orang Tua. Rasa pilu, sayu dan sedih mengenangkan nasib yang perlu mereka tempuh di saat meniti hari - hari yang kian mendatang. Menghabiskan sisa-sisa kudrat yang masih ada, sementara menunggu ajal datang menjemput kepergian mereka menghadap Tuhan yang maha Esa.

Apakah dosa mereka sehingga anak sendiri sanggup mengabaikan orang yang telah banyak berjasa dalam hidup kita, membesarkan dan melahirkan kita, mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna.

Inikah balasan yang mereka terima di atas apa yang mereka curahkan terhadap kita selama ini.Kadangkala, aku sendiri pun tidak mengerti, kenapa sesetengah orang sanggup menghantar ibu dan ayah mereka ke rumah orang-orang tua. Hina sangatkah mereka? atau jijik sangat kah mereka?

Biar sejahat mana pun, mereka tetap ibu dan ayah kita. Selagi terdaya, kita tidak seharusnya membiarkan mereka sendirian dan kesepian.
Biarlah mereka merasai detik pahit dan manis, susah senang bersama sehinggalah ke nafas yang terakhir.

Semoga penghuni di teratak sepi itu akan terus bersabar dan tabah menghadapi segala ujian hidup ini. Harapan saya semoga kita sama-samalah menyayangi ibu dan ayah kita seperti mana mereka menyayangi kita.

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.