Tuesday, December 9, 2008

TARIKH KERAMAT

09. Dec. 1984

Selamat hari jadi..Kepada semua kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang sama tarikh lahir dengan saya. Semoga panjang umur dan murah rezeki..

Tak terasa dah genap 24 tahun saya hidup kat muka bumi ni. Seolah-olah satu tempoh yang terlalu lama untuk menyedut udara yang tak berapa segar ni. hehe.Tapi kita tak sedar, sebenarnya perjuangan hidup baru sahaja bermula. Kita baru sahaja menempuh alam dewasa yang lebih perit dan memerlukan segala kekuatan .Dunia ni x selalu nya adil. Inilah erti sebuah kehidupan yang sebenar.

Mungkin di umur 24 tahun ni, saya berazam untuk menjadi lebih matang dan fokus kepada apa sahaja yang dilakukan. Harapan saya semoga mendapat kehidupan yang lebih baik dan dimurahkan rezeki.

Semoga di umur yang makin dewasa ini, sya akan berubah menjadi anak yang lebih baik dan bertanggungjawab kepada keluarga.

CINTA??

ermm..masih mencari lagi sesiapa yang sesuai untuk bertakhta di hati. haha...semoga azam baru akan mendapat lebih berkat dan menemukan dengan cahaya cinta yang selama ini diimpikan..

Thanks kepada kwn yg "wish" birthday..walaupun tanpa hadiah, tapi ungkapan itu cukup bermakna dan beerti bagi saya. Kerana itu sebagai tanda bahawa kalian semua masih tetap mengingati hari jadi saya dan syukur kerana masih menjadi sahabat saya di waktu susah dan senang.

GOD BLESS U ALL..