Sunday, April 19, 2009

SUSAHNYA NAK LELAPKAN MATA

Penat masih terasa lagi. Lenguh-lenguh di badan, badan pun rasa lemah, kurang bermaya. Dah dua hari berturut-turut menyusun semua barang yang sepatutnya dibawa. Mujurlah ada kawan-kawan yang prihatin, di saat aku betul2 memerlukan semua pertolongan anda semua. selama dua hari ni gak lah, aku berulang alik dari Shah Alam ke Pandan Indah. Mengangkut semua barang milik aku yang banyak tu. Memang pening kepala. Tak tau yang mana harus didahulukan. Majalah je pun dah satu beg. Koleksi sejak dari 3 tahun lepas. Bayangkan. Maskulin n Remaja, tiap-tiap bulan beli. Belum lagi Majalah HAI, URTV, MEDIA HIBURAN dsb. Nilah kerja aku masa lapang. Suka sangat belek majalah. Tapi xde la sampai potong n tampal gambar artis kesayangan untuk dijadikan koleksi. Hanya hobi di masa lapang kalau tak banyak keja sangat.

Dari pagi, hinga tengah hari baru siap mengemas barang. Ni lak duduk umah sorang2. Umah baru ni ada 3 orang je termasuk aku. Sorang dah kuar, sorang lagi aku x pernah nampak lagi
sejak aku bayar deposit umah, ni dah duduk umah ni pun, masih tak nampak batang hidung lagi. menurut kawan aku sorang lagi (owner rumah), dia memang selalu sibuk kerana dia kerja shift.
Sunyi lak rumah ni. Maklum la baru lagi, tu yang terasa bosan dan kesepian

Mata pun susah nya nak lelap. Mungkin baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni.
Semua ni memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, kawan baru, persekitaran baru, bilik baru dan sebagainya la. Terlalu banyak perkara yang bermain di kotak fikiran aku tika dan saat ini. Bagaikan mimpi, sekelip mata aku dah meninggal kan umah aku, umah yang meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk melelapkan mata ini. Selamat Malam.


Danniel Kit

Friday, April 17, 2009

PINDAH UMAH.

Hari ni bgun kul 9..Kononnya semalam nk packing barang-banran. Nampak nya memang tak larat sangat. lama x dpt tidur yang cukup mcm ni. heheehe...Kawan2 semua sibuk ngan hal masing-masing. Ada yang buat persiapan nak konvo la.. ada gak yang sibuk nak praktikal. Malas la nak menyusahkan dorang. Kalau petang-petang sikit dorang boleh la menolong mengemas apa yang patut. Tapi memang malas nak "packing2" barang yang banyak ni..terutama sekali majalah, baju-baju, n semuanya..PENING ....hehe


Tapi kena pindah gak..coz dapat umah yg murah kat KL. sewa pun lagi murah dr rumah aku yang kat shah alam ni. Fully-furnished lagi, siap ada astro, peti sejuk, machine basuh n semuanya la... so boleh la tgok AF malam ni.hehe...harap-harap leh jumpa housemate yang bagus dan boleh memahami..

Ikutkan hati memang sayang nk tinggalkan rimah yang banyak meninggalkan segala kenangan pahit dan manis yang pasti sukar untuk dilupakan. Tetapi, sampai bila harus jadi macam ni? Hidup harus diteruskan. hehe..Lupakan segala kenangan lama dan mulakan hidup baru. Sayang gak nak tinggalkan kawan-kawan dan nak cari kawan baru yang boleh dipercayai, boleh berkongsi segala susah dan senang bersama adalah sesuatu yang paling sukar sekali untuk dilakukan. Maklum la..nak carik kawan yang tikam kawan, kat mana-mana je ada. Berlambak orang yang jenis mcm tu kan? Cayo la cakap aku..


Ok la...Nak kemas barang ni. Lapar gila siot..

Bye...

Sunday, April 12, 2009

Room for Rent (KL AREA)

Hai..Selamat Pagi Malaysia...
hari ni bangun awal sangat. 5.30 lagi dah bangun, mandi n siapkan diri untuk pergi kerja..Maklum la kerja kat KL, memang banyak memerlukan pengorbanan terutama dari segi fizikal dan mental. Tapi semua tu bukan halangan untuk melemahkan semangat untuk terus berkerja demi mencari rezeki bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung bukan satu perkara yang mudah, tetapi itu semua adalah satu cabaran yang harus dipikul dengan sebaiknya.

2 jam lebih awal sampai kat offis. Pintu offis pun masih x buka lagi..Memang syok juga kadang-kadang. Mendisplinkan diri bangun awal.

Ingat nk pindah KL dalam waktu terdekat ni. Senang ckit nk gerak n lagi memudahkan kos pengangkutan. So kepada sapa yang ada information tentang rumah sewa (bilik je) yang murah dan dekat ngan lrt station, pls inform saya.hehe..
help me pls

Danniel

Tuesday, April 7, 2009

MULANYA CABARAN BARU

Esok merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Melangkah ke arah satu alaf baru, tugas baru, misi yang baru dan yang paling penting adalah semangat baru. Gementar berbaur gemuruh juga di hati ini. Bukan "Gemuruh" lagu Faizal Tahir, tapi satu perasaan yang sukar utk dimengertikan.

Maklum la..Esok hari pertama bekerja di tempat yang baru. Suasana baru, rakan baru, bos yang baru dan tugasan baru yang pasti akan mencabar minda. Macam mana agaknya semua pekerja kat tempat baru ek? Bagus kah mereka? peramah ke mereka? atau mereka jenis yang angkuh, sombong atau berlagak seolah-olah mereka adalah yang terbaik di antara semua nya.

Bermacam-macam persoalan bermain hi benak aku ni. Tapi persetan kan semua persoalan bodoh itu. Apa yang penting aku datang dengan sepenuh keikhlasan dan aku cuba melakukan yang terbaik.

Harap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Tuhan akan memudahkan setiap perjalanan hidup aku dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Yang pasti, aku akan mulakan hidup baru yang lebih mencabar. Hidup satu perjuangan.