Tuesday, November 25, 2008

KEM CUTI SEKOLAH ( ADVENTURE LEARNING SUMMER CAMP : 03-05 DEC 2008 , N. SEMBILAN

ADVENTURE LEARNING SUMMER CAMP









Hai

Berita baik kepada sapa-sapa yang ada anak yang umur 11 tahun - 17 tahun. Kami dari Adventure Community akan menganjurkan program Kem Cuti Sekolah iaitu" ADVENTURE LEARNING SUMMER CAMP 2008. Program ini selama 3 Hari 2 Malam yang akan di adakan di Rembau N. Sembilan.

Program ini bertujuan untuk membentuk keperibadian positif dan jatidiri yang kuat di kalangan semua peserta . Di samping itu, kami juga ingin melahirkan remaja yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi remaja yang kreatif, sihat dan mampu menempuh apa jua cabaran di masa hadapan di samping menerapkan semangat berpasukan, tolong menolong, dan cintakan alam sekitar.


Peserta akan menimba pengalaman yang amat berharga sekali sepanjang menyertai program ini kerana kami bukan sahaja memberikan motivasi kepada mereka malah mereka akan mencuba pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini dilaksanakan.


Di sini saya serta kan sedikit info berkenaan dengan Program "SUMMER CAMP''.


Program : Adventure Learning Summer Camp

Tarikh : 03 - 05 Disember 2008 (3 Hari 2 Malam)

Tempat : AC CENTER SUKABUMI, KENDONG, Negeri Sembilan.

Harga : RM150 Seorang (termasuk yuran penceramah & fasilitator,
penginapan, makan & minum)

Transportation : RM40 (additional Charge)

Kuala Lumpur / Sh Alam - Adventure Sukabumi Center, Kendong,
Negeri Sembilan

Pakej ini tidak termasuk pengangkutan kerana ibu bapa di galakkan menghantar anak-anak pada hari pertama pendaftaran ke Pusat Latihan "ADVENTURE COMMUNITY CENTER" di Kendong Negeri Sembilan.


bagi peserta yang jauh terutama yang dari Perak, Kedah dan sebagainya, kami juga menyediakan bas kepada peserta yang mana ibu bapa mereka yang tidak dapat menghantar anak-anak sehingga ke pusat latihan tersebut dan penghantaran balik ke KL selepas tamat program. Kami mengenakan caj tambahan sebanyak RM40 seorang (untuk penghantaran pergi dan balik)

Berikut merupakan Lokasi yang telah ditetapkan untuk berkumpul (sebelum bertolak & hari terakhir selepas tamat program)

Lokasi :Kuala Lumpur - MUZIUM NEGARA
Lokasi :Shah Alam - Stadium Shah Alam

Sebarang pembayaran boleh di buat melalui:

* Bayaran check atau bank in terus ke akaun Paximej (M) Sdn Bhd CIMB (1271-0000778-05-8). Jangan lupa sertakan sekali "Bank In Slip" sebagai bukti pembayaran dan fax kepada pihak kami.

Sebarang pertanya sila hubungi saya (Danniel Kit - 013-2783155) untuk keterangan lanjut. Sila hubungi saya secepat yang mungkin kerana permohonan masih dibuka.

Sekian.

Danniel Kit
Business Development Executive,
PAXIMEJ (M) SDN BHD
No.87A, Jalan SNuker 13/28,
Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 SHah ALam,
Selangor

Tel Office : 03-5512 0733
Fax :03-5510 6414
Website : www.adventurecommunity.com

Tuesday, November 18, 2008

TRIP TO BANDUNG NOV 2008









Wow...itu yang mampu saya katakan disini..Menarik..best dan memang menyeronok kan.
Bandung merupakan satu tempat yang sangat menarik dari kacamata saya. masih mengekalkan ciri-ciri binaan masyarakat indonesia..Cuma yang paling ketara, Bandung dengan Malaysia adalah terlalu jauh perbezaan.

Sangat bersyukur kerana negara kita jauh lebih maju dan mempunyai segala kemudahan-kemudahan yang lengkap. APa yang saya perhati kan, Salah satu Shooping Complexs yang termoden dan paling di famous di Bandung iaitu "Paris Van java" Mungkin ini adalah yg paling hebat di sana, tapi kalau dibandingkan dgn Suria KLCC, One Utama, Pavilion Mid Valley rasa nya.. 10 kali ganda ketinggalan di belakang..

Bertuah kita jadi rakyat Malaysia. Malah pertama sekali sampai di Airport Bandung, saya terkejut kerana di sana beg yang dikeluarkan dari kapal terbang tak ada pemeriksaan komputer "scan" . Security akan keluarkan satu demi satu beg dan buka depan org ramai. memang x sistematik dan terpaksa panggil nama sorang-sorang..
Ermm rasa nak gelak pun ada gak masa tu. Tambah lagi penat coz baru je sampai.

Perkara yang saya x dapat bayang kan ialah masa flight nak mendarat di Airport bandung. masa tu hujan lebat sangat dan saya tengok semua dah kecut perut. Kapal terbang pun memang x payah citer lagi. Bergegar-gegar, seolah-olah nak terhempas. Masa tu saya memang fikir Tuhan, Family dan kawan-kawan yang berada nun jauh di Malaysia. Apa yang mampu hanya berdoa kepada Tuhan agar selamat sampai. Tapi malangnya, flight terpaksa mendaratsecara kecemasan di Airport jakarta. hanya TUhan je yg tahu bertapa kecut nya perut setiap orang pada masa tu.

Bila dh sampai di hotel je, baru lah dada ni terasa lapang sangat2.
Then esok nya terus pegi jalan-jalan di RUMAH MODE iatu salah satu shooping Kompleks yang paling famous di Bandung. Banarang pun murah-murah. Apa lagi, memang balun je la beli baju n apa sahaja yang terlintas nk beli. He...he. Then, sempat gak pergi GALERI LELAKI. Kat sini hanya jual baju, kasut, dompet, dan segalanya barangan lelaki. Memang best sangat cuma pelik nya, shooping lots kat sini di celah-celah umah orang. Seolah-olah tak teratur. tempat nya pun berselerak. Tapi bila masuk dalam, cantik la pulak.



Apa yang menarik di rumah Mode ni ialah binaan nya yang unik dan masih mengekalkan konsep rekaaan yang biasa nya terdapat di Indonesia. Apa yang saya perhatikan, di sini terdapat banyak sangat patung Budha yang diukir dengan cantik sekali. DI sini juga ada satu cafe "JAVA BEAN" yang konsep nya lebih kurang macam "Coffee Bean". Minuman special yang terdapat disini ialah "COFEE DURIAN". Memang sedap dan pertama sekali cuba pun seolah-olah terasa nak lagi.







Erm..sempat gak pergi kat Pasar BAru. kat sini banyak jual kain-kain batik, telekung, tudung, baju kurung, sejadah dan antara lokasi menarik untuk bershopping bagi yang beragama islam.

hari kedua, kita orang pergi ke TANGKUBAN PARAHU iaitu gunung berapi yang dah tak aktif lagi. Kawasan nya memang sangat cantik, sejuk cuma jalan raya yang agak teruk menyebabkan badan terasa sengal-sengal sebab terhenjut-henjut dalam kereta. Tangkuban Perahu kalau ditukar maksudnya kepada bahasa Malaysia ialah "PERAHU TERBALIK". nama ini simbolik kepada bentuk gunung berapi tersebut yang mana, kalau dilihat dari jauh seolah-olah seperti perahu yang sedang terbalik. Di sini cuaca nya sejuk cuma bau sulfur yang dikeluarkan dari gunung berapi tersebut sangat kuat. malah para penjual di sini juga sangat agresif sehingga mengekori kemana sahaja kita pergi. Timbul rasa kurang senang apabila setiap langkah kita diekori malah tak mempunyai kebebasan untuk menghayati keindahan alam kerana mereka sentiasa menawarkan kita untuk membeli apa sahaja barang yang dijual. Kalau seorang x per, ni dah seperti paparazi, sehinggakan susah nk berjalan paatah lagi nak bergambar.
Tetapi disebabkan minat yang teramat sangat nk bergambar, semua tu x menjadi halangan untuk "Posing maut"






Lokasi seterus nya ia lah KAMPUNG DAUN iaitu merasai suasana makan dalam hutan iaitu di dalam satu pondok kecil yang di hias cantik dan di kelilingi bunga-bungaan, daun-daun dan suasana yang sangat damai dan menyeronok kan. Malah terdengar bunyi air terjun yang sangat best..ermm..memang tak berbaloi datang tempat ni. Layanan yang diberikan juga sangat menyenangkan kerana mereka semua sangat ramah.






Hari yang terakhir adalah jalan-jalan di Paris van java. Boleh tahan gak tempat ni. Sempat gak beli sehelai Jeans Dan 2 helai baju Giodarno sebagai kenangan di Bandung.
Antara lokasi menarik yang perlu dikunjungi disini ialah TOKO TIGA bagi mereka yang sangat suka Jeans berjenama LEVIS. Di sini anda akan dapat herga yang sangat murah dan kualiti yang berpatutan.





Kesimpulan nya, tempat ni sangat menarik untuk dilawati. Kalau sesapa yang memang nk datang untuk bershopping, datang la Bandung kerana kat sini, memang sangat murah dan jauh lagi murah berbanding klau shopping di Malaysia..

Tuesday, November 11, 2008





CONVOCATION DAY
Date : 31 March 2008
Venue : PWTC


" The best memory in my life. Finally i achieve my vision. Perasaan sedih bercampur terharu. Apatah lagi, keluarga yang selama ini menyokong perjuangan saya turut hadir. Thanks for my family (My mom, Dad, n My nenek) coz sudi hadir di hari yang bersejarah tu. And special thanks for my best fren forever (Mr Shawn) for your full of support and i really appreciate it. U always be in my side. Hope u will be success out there. I will always remember you now and forever.

sesunguh nya, Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala budi baik yang pernah anda semua curahkan kepada saya. Thanks a lot.


Sahabat Dunia dan Akhirat

Erm...best kalau dapat mengabadikan kenangn terindah dengan orang-orang yang kita sayang.

Selain keluarga, kawan -kawan adalah orang yang sentiasa ada di saat kita suka, duka dan bergembira.



bersyukur dapat dipertemukan dengan kawan-kawan yang begitu setia, dan sangat memahami. Di saat kita lemah, mereka ada di samping kita. menghiburkan hati yang resah, merawat segala duka lara yang susah dilafazkan dengan kata-kata. Di saat kesepian, mereka lah yang menemani kita,. Gurau senda, sedih tawa semua dikongsi bersama. Bak kata peribahasa "cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" begitulah perumpamaan yang boleh di tafsirkan kepada teman-teman yang sentiasa di samping kita di saat kita betul2 memerlukan.