Tuesday, November 18, 2008

TRIP TO BANDUNG NOV 2008









Wow...itu yang mampu saya katakan disini..Menarik..best dan memang menyeronok kan.
Bandung merupakan satu tempat yang sangat menarik dari kacamata saya. masih mengekalkan ciri-ciri binaan masyarakat indonesia..Cuma yang paling ketara, Bandung dengan Malaysia adalah terlalu jauh perbezaan.

Sangat bersyukur kerana negara kita jauh lebih maju dan mempunyai segala kemudahan-kemudahan yang lengkap. APa yang saya perhati kan, Salah satu Shooping Complexs yang termoden dan paling di famous di Bandung iaitu "Paris Van java" Mungkin ini adalah yg paling hebat di sana, tapi kalau dibandingkan dgn Suria KLCC, One Utama, Pavilion Mid Valley rasa nya.. 10 kali ganda ketinggalan di belakang..

Bertuah kita jadi rakyat Malaysia. Malah pertama sekali sampai di Airport Bandung, saya terkejut kerana di sana beg yang dikeluarkan dari kapal terbang tak ada pemeriksaan komputer "scan" . Security akan keluarkan satu demi satu beg dan buka depan org ramai. memang x sistematik dan terpaksa panggil nama sorang-sorang..
Ermm rasa nak gelak pun ada gak masa tu. Tambah lagi penat coz baru je sampai.

Perkara yang saya x dapat bayang kan ialah masa flight nak mendarat di Airport bandung. masa tu hujan lebat sangat dan saya tengok semua dah kecut perut. Kapal terbang pun memang x payah citer lagi. Bergegar-gegar, seolah-olah nak terhempas. Masa tu saya memang fikir Tuhan, Family dan kawan-kawan yang berada nun jauh di Malaysia. Apa yang mampu hanya berdoa kepada Tuhan agar selamat sampai. Tapi malangnya, flight terpaksa mendaratsecara kecemasan di Airport jakarta. hanya TUhan je yg tahu bertapa kecut nya perut setiap orang pada masa tu.

Bila dh sampai di hotel je, baru lah dada ni terasa lapang sangat2.
Then esok nya terus pegi jalan-jalan di RUMAH MODE iatu salah satu shooping Kompleks yang paling famous di Bandung. Banarang pun murah-murah. Apa lagi, memang balun je la beli baju n apa sahaja yang terlintas nk beli. He...he. Then, sempat gak pergi GALERI LELAKI. Kat sini hanya jual baju, kasut, dompet, dan segalanya barangan lelaki. Memang best sangat cuma pelik nya, shooping lots kat sini di celah-celah umah orang. Seolah-olah tak teratur. tempat nya pun berselerak. Tapi bila masuk dalam, cantik la pulak.



Apa yang menarik di rumah Mode ni ialah binaan nya yang unik dan masih mengekalkan konsep rekaaan yang biasa nya terdapat di Indonesia. Apa yang saya perhatikan, di sini terdapat banyak sangat patung Budha yang diukir dengan cantik sekali. DI sini juga ada satu cafe "JAVA BEAN" yang konsep nya lebih kurang macam "Coffee Bean". Minuman special yang terdapat disini ialah "COFEE DURIAN". Memang sedap dan pertama sekali cuba pun seolah-olah terasa nak lagi.







Erm..sempat gak pergi kat Pasar BAru. kat sini banyak jual kain-kain batik, telekung, tudung, baju kurung, sejadah dan antara lokasi menarik untuk bershopping bagi yang beragama islam.

hari kedua, kita orang pergi ke TANGKUBAN PARAHU iaitu gunung berapi yang dah tak aktif lagi. Kawasan nya memang sangat cantik, sejuk cuma jalan raya yang agak teruk menyebabkan badan terasa sengal-sengal sebab terhenjut-henjut dalam kereta. Tangkuban Perahu kalau ditukar maksudnya kepada bahasa Malaysia ialah "PERAHU TERBALIK". nama ini simbolik kepada bentuk gunung berapi tersebut yang mana, kalau dilihat dari jauh seolah-olah seperti perahu yang sedang terbalik. Di sini cuaca nya sejuk cuma bau sulfur yang dikeluarkan dari gunung berapi tersebut sangat kuat. malah para penjual di sini juga sangat agresif sehingga mengekori kemana sahaja kita pergi. Timbul rasa kurang senang apabila setiap langkah kita diekori malah tak mempunyai kebebasan untuk menghayati keindahan alam kerana mereka sentiasa menawarkan kita untuk membeli apa sahaja barang yang dijual. Kalau seorang x per, ni dah seperti paparazi, sehinggakan susah nk berjalan paatah lagi nak bergambar.
Tetapi disebabkan minat yang teramat sangat nk bergambar, semua tu x menjadi halangan untuk "Posing maut"






Lokasi seterus nya ia lah KAMPUNG DAUN iaitu merasai suasana makan dalam hutan iaitu di dalam satu pondok kecil yang di hias cantik dan di kelilingi bunga-bungaan, daun-daun dan suasana yang sangat damai dan menyeronok kan. Malah terdengar bunyi air terjun yang sangat best..ermm..memang tak berbaloi datang tempat ni. Layanan yang diberikan juga sangat menyenangkan kerana mereka semua sangat ramah.






Hari yang terakhir adalah jalan-jalan di Paris van java. Boleh tahan gak tempat ni. Sempat gak beli sehelai Jeans Dan 2 helai baju Giodarno sebagai kenangan di Bandung.
Antara lokasi menarik yang perlu dikunjungi disini ialah TOKO TIGA bagi mereka yang sangat suka Jeans berjenama LEVIS. Di sini anda akan dapat herga yang sangat murah dan kualiti yang berpatutan.





Kesimpulan nya, tempat ni sangat menarik untuk dilawati. Kalau sesapa yang memang nk datang untuk bershopping, datang la Bandung kerana kat sini, memang sangat murah dan jauh lagi murah berbanding klau shopping di Malaysia..

5 comments:

TT said...

Cantik gambar2 ni dik. Abg tak pernah ke sana.. boleh lah merancang.

Danniel Kit said...

gambar je cantik...model nya x ok ke?..hehe..
memang best gi sana..

AshrafEd said...

ermmm
satu pnglman..
klo blh rase cam nk tgl saner jer x??..

Danniel Kit said...

ermm..xder lak smpai nk tinggal sana..
lai best malaysia..hehe

bina badan said...

"Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Agar Anda Kelihatan Lebih Macho Dan Kacak....Jangan Segan2.....Milikilah Badan Impian Anda Disini...."