Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Dah berbulan aku tak menjenguk kt ruangan ni. Bukan tak ada cerita yang ingin dikongsi cuma sejak kebelakangan ni, memang tak ada masa nak menulis kat ruangan ni. Almaklum la, ini lah ruangan untuk meluahkan segala yang terpendam dan tersurat malah yang tersirat.
Berkongsi suka duka, dan segalanya yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ni.

Sempena hari bapa ni, ingin sekali aku mengucapkan "Selamat hari Bapa" untuk orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Orang yang paling banyak pengorbanannya yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa besar nya pengorbanan seorang insan yang bernama "bapa".

Ayah saya, seorang yang sangat tegas, dan beliau amat sukar menunjukkan kasih sayang. Namun, di sebalik ketegasan itu, terselit perasaan kasih dan sayang yang sukar dimengertikan. beliau tetap seorang yang penyayang dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan kami adik beradik.

Sewaktu masih kecil dahulu, pernah terlintas perasaan benci terhadap ayah. Salah sikit terus kena pukul. Adik beradik aku bergaduh, maka aku lah yang menjadi mangsa konon nya, sebagai abang aku tidak menjalankan tanggungjawab aku sebaik nya. Mandi sungai pun tak boleh apatah lagi nak bebas macam kanak-kanak lain. Kalau tak nak pegi sekolah, siap lah kena sebat. Sehinggakan aku takut nk jumpa dengan ayah.

Itu kenangan suatu ketika dahulu. Bila difikirkan kembali, aku tak akan berada di tahap ini sekiranya ayah aku berlembut hati. Kata orang sayang anak tangan-tangankan. Memang betul kata ayah, apa yang dia buat adalah semata-mata untuk memastikan aku menjadi anak yang berguna kepada keluarga dan berjaya suatu hari nanti.

Dah hampir dua tahun tak balik kampung di sarawak. Apa kan daya, berkorban untuk mencari rezeki demi membantu ayah. Ini lah tanggungjawab aku sebagai anak yang paling sulung, untuk membalas jasa beliau. Pernah dulu masa kali terakhir aku balik sarawak, aku nampak air mata ayah bergenang. Namun, cepat2 dia menoleh ke arah lain. Mungkin tak ingin aku tahu yang dia sangat sedih. Sedih kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa. Sedih dan juga rindu apatah lagi aku jauh di mata dan hanya mendengar suara melalui telefon.
Aku tahu ayah sangat sayang kan aku.


Terima kasih ayah. Love u so much.

Selamat Hari Bapa