Wednesday, January 21, 2009

AJL 23..ANTARA YANG TERBAIK






































Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta AJL23 tak kira yang menang atau pun yang kalah. Tahniah di atas usaha gigih masing-masing untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-23 diantara yang terbaik pernah dianjurkan setakat ini.

Umum dah mengetahui aura lagu berhantu "Laguku Untukmu" yang didendangkan oleh MUH sehingga dinobatkan sebagai Juara Kategori Keseluruhan sekaligus memusnahkan impian Faizal Tahir yang mempertaruhkan lagu "Sampai Syurga". Syabas sekali lagi kepada MUH kerana berjaya memukau semua penonton tak kira di kaca tv mahupun di Stadium Putra Bukit Jalil. Memang tidak dapat dinafikan kekuatan dan aura lagu ini begitu mempersona sekali seolah-olah menonton persembahan pembukaan Grammy Award.

Namun begitu, tidak dilupakan persembahan yang begitu berkesan oleh Faizal Tahir, Stacy dan Farawahida yang merupakan persembahan yang cukup meninggalkan kesan yang amat mendalam dan mungkin akan terus menjadi kenangan diantara yang terbaik di pentas juara lagu.

Go Stacy...u are the best...Stacy adalah bakat baru yang tidak harus dipersiakan. Sebutir permata yang sedang berkilau dan beliau merupakan antara penyanyi wanita yang mampu menari dan menyanyi dengan baik setakat ini. Belum pernah ada lagi penyanyi wanita negara yang mampu melakukan seperti mana yang beliau pentaskan di pentas akhir juara lagu ke-23.
Malang sekali jika bakat seperti ini tidak digilap sepenuhnya terutamanya Maestro kerana bukan senang untuk mencari penyanyi yg boleh menari dan menyanyi tanpa ada gangguan.
Syabas juga kepada penyanyi cilik yang begitu berbakat sekali. Ikhlas saya katakan disini, saya terpaku dan terpegun tatkala mendengar kelunakan dan kelantangan vokal tiga penyanyi cilik yang mendendangkan lagu penutupan. memang sangat mempersonakan. Seolah-olah mereka sudah lama berpengalaman menyanyi di pentah segah Juara Lagu.

Kesimpulan nya, Anugerah Juara laguke-23 adalah merupakan penganjuran yag terbaik yang pernah dianjurkan oleh TV3 setakat ini. Semoga tahun akan datang akan menjanjikan yang lebih baik.

Bila pulak nak buat persembahan di pentas Juara lagu ek?..angan-angan ke atau pun bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti???
Hanya Tuhan je yang Tahu..









Wednesday, January 7, 2009

"LIPAS KUDUNG"

Opsss....LAMBAT!!!!!!!!!!
Hari ni aku lambat bangun. Mujur lah terdengar bunyi "alarm"
Terpaksa la berkejar ke bilik mandi memandangkan hanya ada 25 minit untuk menyiapkan diri
sebelum angka menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Pada masa tu la semua nya dibuat macam "lipas kudung"
Kadang-kadang, hidup ni kena tangkas gak.
walau apa pun keadaan.

Kesian roomate aku jadi mangsa (MR UBAI). Terpaksa minta kerjasama dia untuk bagi aku peluang untuk mandi terlebih dahulu. Memandangkan waktu keja dia pun lambat lagi (pukul 9.00).
Sorry Ubai...lain kali saya akan buat lagi.hehe..

Ermm..ngantuk lak mata ni..

Thursday, January 1, 2009

MENGIMBAS KEMBALI DETIK-DETIK 2008














































Tahun 2008 adalah ....
Penuh "Suka" dan "Duka"


Mengimbas kembali saat-saat indah detik tahun 2008..
banyak kenagan pahit dan manis yang tak akan mudah dilupakan sepanjang hidup ini..
yang paling ketara..Tahun 2008 adalah"Tahun Berisi" or "TAHUN CHUBBY"

Dapat dilihat perubahan gmbar-gambar yang mana awal tahun sepanjang tahun..berat badan naik mendadak sampai 70kg?..percaya atau tidak??
bila tengok balik gambar-gambar masa berat 70kg..memang melucukan
pipi pun dah macam "PAU AYAM"



hehe..
tapi lepas peristiwa 12.10.2008..
kenangan pahit melanda...slepas raya..susah nak cerita kat sini
Hanya Tuhan je yg Tahu bertapa sakit nya hati ni
Lepas dari situ..seolah-olah timbul satu kekuatan untuk saya terus berazam untuk menjadi kurus..
Opss..nmpaknya berjaya mengurangkan berat badan dari 70kg kepada 62 Kg..berat badan ideal yang sepatutnya..


Happy coz usaha berjaya..
tak sia-sia berdiet selama ni..
akhir nya kurus gak..Malahan baju yang sebelum ni baru beli tapi x dapat dipakai lagi..
sekarang..dah muat..happy tak?
hehe
barula sesuai nk ambik gambar..
hehe


KESIMPULAN NYA:
"Walau apa pun yang terjadi, Hidup Harus Diteruskan"

SELAMAT TINGGAL 2008 ..SELAMAT DATANG 2009

"Happy New Year 2009"

Selamat datang ke alaf baru iaitu Tahun 2009

Alaf Baru
Tahun Baru
Azam Baru
Semangat Baru
Jiwa baru..

Azam tahun baru ni, saya ingin memulakan hidup baru.
Lupakan segala kenangan pahit dan manis yang terpaksa di lalui sepanjang tahun 2008
Memang segala nya terlalu indah
walaupun kenangan paling pahit ialah kehilangan org yang paling saya sayangi..
tetapi..semua tu harus dilupakan...walaupun pahit..Hidup ni harus diteruskan

Keseorangan..kesepian..
mungkin ada sinar di sebalik menjelma nya Tahun baru 2009
Harap Tuhan akan memberikan rahmat di sebalik kedukaan ini..

Mungkin ada hikmah di sebalik nya..
Semoga dapat menruskan hidup di tahun yang dikatakan paling mencabar ni..
Yang paling penting..semoga hati ni sentiasa bersih dan ceria selalu.

MERRY CHRISTMAS 2008..









"WeWish u a Merry Christmas
We wish u a Merry Christmas
We wish u a Merry Christmas
And Happy New Year..

ingat lagi kan lagu ni..
setiap kali menjelang kristmas,
lagu ni la la selallu kita org nyanyikan.

Tapi..untuk krismas tahun ni
sambutan agak sunyi berbanding tahun lepas
mungkin semua org sibuk & tak sempat nk buat sebarang persiapan..
Tahun lepas, sebelum detik 12 tengah malam,, sementara menunguu kelahiran Yesus Kristus, semua sibuk memasak, sambil nyanyi lagu-lagu rohani.

Tpi tahun ni...lepas balik sembahyang dari church,
terus lepak kat PELAGA PARK CAFE..
minum2 smbil karaoke..
sempat gak menyanyikan 3 buah lagu favourite "Seribu Tahun, Ketulusan Hati & Dealova"
Malam esoknya 25hb Dec barula kita org lepak kat umah kawan
party..best gak la..meriah..
coz fmly dia semua dtg dr sarawak.dpt hilangkan kerinduan kat kampung..

MERRY CHRISTMAS ..