Wednesday, January 21, 2009

AJL 23..ANTARA YANG TERBAIK






































Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta AJL23 tak kira yang menang atau pun yang kalah. Tahniah di atas usaha gigih masing-masing untuk memberikan yang terbaik dan menjadikan penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-23 diantara yang terbaik pernah dianjurkan setakat ini.

Umum dah mengetahui aura lagu berhantu "Laguku Untukmu" yang didendangkan oleh MUH sehingga dinobatkan sebagai Juara Kategori Keseluruhan sekaligus memusnahkan impian Faizal Tahir yang mempertaruhkan lagu "Sampai Syurga". Syabas sekali lagi kepada MUH kerana berjaya memukau semua penonton tak kira di kaca tv mahupun di Stadium Putra Bukit Jalil. Memang tidak dapat dinafikan kekuatan dan aura lagu ini begitu mempersona sekali seolah-olah menonton persembahan pembukaan Grammy Award.

Namun begitu, tidak dilupakan persembahan yang begitu berkesan oleh Faizal Tahir, Stacy dan Farawahida yang merupakan persembahan yang cukup meninggalkan kesan yang amat mendalam dan mungkin akan terus menjadi kenangan diantara yang terbaik di pentas juara lagu.

Go Stacy...u are the best...Stacy adalah bakat baru yang tidak harus dipersiakan. Sebutir permata yang sedang berkilau dan beliau merupakan antara penyanyi wanita yang mampu menari dan menyanyi dengan baik setakat ini. Belum pernah ada lagi penyanyi wanita negara yang mampu melakukan seperti mana yang beliau pentaskan di pentas akhir juara lagu ke-23.
Malang sekali jika bakat seperti ini tidak digilap sepenuhnya terutamanya Maestro kerana bukan senang untuk mencari penyanyi yg boleh menari dan menyanyi tanpa ada gangguan.
Syabas juga kepada penyanyi cilik yang begitu berbakat sekali. Ikhlas saya katakan disini, saya terpaku dan terpegun tatkala mendengar kelunakan dan kelantangan vokal tiga penyanyi cilik yang mendendangkan lagu penutupan. memang sangat mempersonakan. Seolah-olah mereka sudah lama berpengalaman menyanyi di pentah segah Juara Lagu.

Kesimpulan nya, Anugerah Juara laguke-23 adalah merupakan penganjuran yag terbaik yang pernah dianjurkan oleh TV3 setakat ini. Semoga tahun akan datang akan menjanjikan yang lebih baik.

Bila pulak nak buat persembahan di pentas Juara lagu ek?..angan-angan ke atau pun bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti???
Hanya Tuhan je yang Tahu..









1 comments:

me & myself said...

salam kenalan dari boy

do visit my blog yeah...
nice pic
O_o