Sunday, November 29, 2009

TWILIGHT NEW MOON





Andai kata la ada "vampire" ensem kat dunia ni, rasa nya ramai yg sanggup derma darah kut.. Mana tak nya, ensem..cun macho lak tu.

Memang nak tengok cerita ni..dah lama sangat tunggu.
Tapi nak tengok sekarang mesti fully booked.

Saya ni memang suka sangat apa sahaja cerita mengenai Vampire.
Tapi nak tengok ngan sapa ek?..

Saturday, November 21, 2009

BILA HARUS MEMILIH







Tertekan sangat minggu ni. Perasaan serba salah masih menghantui lagi sejak dari hari Isnin hari tu, sehingga ke saat ini. Tak tahu kepada siapa lagi nak meluahkan rasa hati ini. Mungkin hanya di sini mampu ku ceritakan segala isi hati yang terbuku ini. Dengan harapan, meleraikan segala duka yang berkocak di lubuk fikiran ini. Entah lah.. aku tak tahu kenapa hati ini begitu cepat tersentuh sehinggakan sanggup melukakan hati orang yang kita paling sayang dalam hidup ini.

Ibu adalah segalanya bagi kita. Dia lah insan yang paling mulia dan sanggup melakukan apa sahaja demi kejayaan kita. Biar pun terpaka mengorbankan kepentingan diri dan sanggup menggadai nyawa sekalipun..hanya untuk memastikan anak-anak bahagia. Tak pernah sekalipun dia menyesali..malah dia hanya mampu tersenyum apatah lagi melihat anak-anak dia tertawa. Namun, tak siapa tahu hati nya..Sedih kah dia?? Bahagia kah dia di saat ini?? atau Menderita kah hati nya??.. Tak siapa tahu kan??

Namun..naluri seorang ibu akan tahu bilakah saat nya kita gembira..Hanya dari renungan mata, ibu mampu melihat kesedihan yang terpancar dari riak wajah kita. Tapi terlalu sukar untuk mengerti hati seorang ibu. Dia lebih banyak memendam segalanya..hasrat di hatinya hanya dia sahaja yang tahu..

AKU tahu dia sedang menderita sekarang.. Kerap kali keluar masuk hospital. Dulu dia sering mengadu sakit..Penat juga menasihati dia supaya pergi berjumpa dengan doktor. Tapi alasan nya "lagi bagus kalau duit untuk beli ubat tu, simpan untuk belanja sekolah korang adik beradik. Nanti korang tak ada belanja nak pegi sekolah macam mana??" Dia selalu je bagi alasan macam tu. Biarlah tak dapat sekolah sekalipun, kita tak sanggup melihat ibu menderita. Apa yang termampu aku tolong dia, aku akan cuba sedaya upaya. Tak sanggup melhat ibu menderita.


Terlupa nak call dia masa dia keluar hospital hari tu. Memang hari tu sibuk luar biasa. Sampai umah borak-borak ngan member terus x ingat call dia. Pagi tu bila nak call, dorang dah balik kampung. Dah la kat kampung tu tak ada line telefon. Mesti dia ingat aku ni sengaja tak pedulikan dia. Memang betul jangkaan aku, bila aku call adik aku, ibu memang terasa hati.
Sedih dan kecewa sangat bila dah jadi macam ni.


Dalam keadaan sekarang ni, banyak hasrat yang terpaksa ku pendamkan. Sebagai seorang anak, dah menjadi tanggungjawab kita untuk membalas segala budi baik ibu bapa kita. Sekarang ni, giliran kita pula bersusah payah membantu keluarga. Walaupun sedikit sumbangan itu, namun kita tetap akan merasa bangga kerana kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita. Walaupun baru sahaja bermula tetapi biarlah ibu bapa kita akan merasai bahawa kita akan tetap berada di sisi mereka walau susah dan senang. Biar pun sekarang ni baru nak mulakan hidup sendiri..tetapi tanggungjawab harus dilaksanakan. sekurang-kurangnya dapat meringan kan beban keluarga. Kalau aku mampu, aku dah hantar ibu pegi jumpa doktor pakar yang jauh lagi bagus dari doktor kat Sarawak tu. Tapi nak buat macam mana, baru je keja, terpaksala bersabar dulu. hanya mampu tolong mereka setakat yang termampu.

Dah lah hampir tiga tahun tak balik menjenguk keluarga. Terkilan rasanya, di saat ibu sakit macam ni, aku sepatutnya berada di sisi dia. Namun, hidup harus diteruskan.. Aku pun baru je keja..baru habis study.. Nak ulang alik pun dah jadi satu masalah yang paling besar sekali dalam hidup. Apatah lagi memikir kan nak tolong family. Semua nya terpaksa dipendamkan..Tengok kawan-kawan lain dah pakai kereta. duduk rumah sendiri..aku???..macam ni jer.. Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab kepada keluarga lebih penting. Yang penting dapat bantu ayah aku sekolahkan adik2, itu pun dah cukup bermakna. Walaupun banyak hasrat yang terpaksa dilupakan buat sementara waktu ni. Biarlah aku macam ni dulu, janji adik2 aku dah habis study..then baru aku boleh fikir kan pasal diri aku pula..Esok lusa, kalau dorang ingat aku dah bagus la tu. Aku x pernah minta untuk di balas, malah jauh disudut hati untuk menyesali segalanya. Melihat mereka tersenyum adalah satu penawar yang sudah cukup untuk menenang kan jiwa aku..

Bila harus memilih???
kenapa aku pilih topik ni??
Ye la..Bila kita harus membuat pilihan..dan tak semua pilihan itu akan berpihak kepada kita..
Walaupun keputusan itu lebih banyak untuk kebahagiaan orang-orang yang kita sayang..biarlah..Mungkin ada hikmah nya nanti..

Aku hanya mampu berdoa semoga ibuku akan cepat - cepat sembuh.
Kita jumpa Gawai Tahun 2010.
Aku mesti nak balik jugak..

"Wlaupun berjauhan, bersendirian banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Aku nak ibu tahu, ibu lah segalanya dalam hidup aku. I love you so much. Hanya Tuhan yang tahu bertapa aku sangat menyayangi ibu"