Sunday, April 19, 2009

SUSAHNYA NAK LELAPKAN MATA

Penat masih terasa lagi. Lenguh-lenguh di badan, badan pun rasa lemah, kurang bermaya. Dah dua hari berturut-turut menyusun semua barang yang sepatutnya dibawa. Mujurlah ada kawan-kawan yang prihatin, di saat aku betul2 memerlukan semua pertolongan anda semua. selama dua hari ni gak lah, aku berulang alik dari Shah Alam ke Pandan Indah. Mengangkut semua barang milik aku yang banyak tu. Memang pening kepala. Tak tau yang mana harus didahulukan. Majalah je pun dah satu beg. Koleksi sejak dari 3 tahun lepas. Bayangkan. Maskulin n Remaja, tiap-tiap bulan beli. Belum lagi Majalah HAI, URTV, MEDIA HIBURAN dsb. Nilah kerja aku masa lapang. Suka sangat belek majalah. Tapi xde la sampai potong n tampal gambar artis kesayangan untuk dijadikan koleksi. Hanya hobi di masa lapang kalau tak banyak keja sangat.

Dari pagi, hinga tengah hari baru siap mengemas barang. Ni lak duduk umah sorang2. Umah baru ni ada 3 orang je termasuk aku. Sorang dah kuar, sorang lagi aku x pernah nampak lagi
sejak aku bayar deposit umah, ni dah duduk umah ni pun, masih tak nampak batang hidung lagi. menurut kawan aku sorang lagi (owner rumah), dia memang selalu sibuk kerana dia kerja shift.
Sunyi lak rumah ni. Maklum la baru lagi, tu yang terasa bosan dan kesepian

Mata pun susah nya nak lelap. Mungkin baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni.
Semua ni memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, kawan baru, persekitaran baru, bilik baru dan sebagainya la. Terlalu banyak perkara yang bermain di kotak fikiran aku tika dan saat ini. Bagaikan mimpi, sekelip mata aku dah meninggal kan umah aku, umah yang meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk melelapkan mata ini. Selamat Malam.


Danniel Kit

2 comments:

Anonymous said...

open this

http://kisahdunialelaki.blogspot.com

ur picture inside there as 'bad gay'

bina badan said...

Dapatkan panduan bina badan berotot disini....Agar anda lebih tuff dan macho...jangan segan2...Milikilah badan impian anda bermula disini...Kami memberi panduan secara terperinci serta mudah diikuti...