Monday, March 23, 2009

KENANGAN DI KOTA BHARU













21-22 March 2008..

Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi tatkala menerima undangan seorang kawan rapat untuk mengunjungi Kota Bharu. Lagi pula, antara negeri yang ada kat Malaysia ni, hanya Kelantan, Terengganu & Sabah je yang aku x pernah pegi lagi. Walaupun tak ada apa yang menarik sangat tetapi orang cakap, jauh perjalanan maka makin luas la pengalaman yang kita perolehi.

Kali ini juga merupakan kali pertama naik penerbangan "FIRE FLY". Kapal terbang yang kecil daripada apa yang pernah aku naiki sebelum ni. Timbul gak keresahan di hati sebab selama ni pun tak pernah lagi menggunakan penerbangan "Fire Fly". Mujur lah apabila masuk ke dalam ruangan pesawat, hati ni sejuk sikit tatkala melihat "amoi-amoi" cantik yang bertugas pada hari tu. Sungguh tak dapat dinafikan yang kebanyakan pramugari yang bertugas cun-cun belaka. Sepanjang perjalanan, semuanya berjalan lancar dan memang selesa dengan services yang diberikan.
Melalui pengamatan saya, kalau nak mencari ketenangan, memang sesuai la bercuti di Kota Bharu. ini kerana, bandarnya tak lah sesibuk KL, malah senang nk bergerak ke sana ke mari. tak perlu nk memikirkan pasal jalan sesak atau sebalik nya. Mungkin masa tu x sesak lagi kut..Aku pun x tau.

Sempat gak jalan-jalan di Pasar Siti Khadijah. Tak beli apa pun, Sekadar window shopping jer. Apa yang penting sekali ialah sesi fotographi. Penat gak member tolong jadi photographer yang tak bertauliah. hehe..

Selain tu, sempat juga ke Pantai Cahaya Bulan yang dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Dah tukar nama dah. hehe..Sayangnya, banyak sangat sampah sarap. Pantai ni memang cantik cuma kebanyakan pengunjung yang datang tidak menghargai keindahan alam sekitar. Sampah sarap bertaburan. Memang tiada rasa tanggungjawab langsung.

Tapi memang best gak la, walaupun sempat berjalan ke beberapa destinasi sahaja memandangkan flight aku pun pkul 4.50. So..kena siap-siap pegi Airport.

Selamat Tggal Kota Bharu.








0 comments: