Wednesday, March 11, 2009

"BELAJAR DARI KESILAPAN"

Semenjak kita dilahirkan di dunia ini,.. peralihan dari seorang bayi sehingga menjadi seorang insan seperti mana diri kita pada hari ini adalah satu proses yang sangat indah sekali. Semenjak kecil, kita sentiasa belajar dan terus belajar untuk mengenali dunia. Belajar melihat, mendengar, merangkak, berjalan dan belajar segala nya tentang erti kehidupan yang sebenar.

Kini, tanpa kita sedari..masa berlalu begitu pantas. Seolah-olah baru semalam kita didodoikan di dalam buaian dan seolah-olah bagaikan semalam kita bermain, bergurau senda dan menikmati segala keindahan di zaman kanak-kanak yang penuh keriangan. Indah kan? Sehingga kita beralih pula ke alam dewasa.... Tiada kata yang dapat menggambarkan bertapa indah dan manis nya semua kenangan itu. Pasti terselit segala kenangan pahit dan manis yang tak mungkin akan pudar dari ingatan untuk selama-lamanya.

Setiap hari kita sentiasa belajar sesuatu yang baru. Bukan sahaja belajar menuntut ilmu untuk berjaya di masa hadapan malah, yang paling utama adalah belajar erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kata orang, pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan tahu menilai erti hidup ini sama ada untuk memilih ke arah kebaikan atau pun kehancuran.

Takdir hidup kita adalah ditangan kita. Walaupun takdir itu Tuhan yang menentukan, tetapi jangan berserah 100% kepada takdir. Selebihnya, kita sendiri yang perlu untuk terus berusaha untuk mengubah takdir hidup kita. Hanya orang yang kuat berusaha sahaja yang akan berjaya menggapai apa yang mereka inginkan dalam hidup ini.

Setiap langkah, setiap sudut di dalam hidup ini, penuh dengan onak dan ranjau. Liku-liku kehidupan ini amat panjang, malah setiap hari kita perlu menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang kadangkala membuatkan kita hampir jatuh tersungkur.

Hidup kita umpama sebuah kapal yang sedang berlayar menuju ke destinasi. Ribut dan taufan adalah rintangan yang perlu kita tempuh. Jika patah layar nya, maka karam lah kita ditengah lautan di hempas ombak dan badai yang langsung tiada belas kasihan dan terus hanyut. Tetapi, sekiranya bahtera kita kuat, sekuat iman di dada, walau sehebat mana pun ombak dan badai yang datang, kita tak akan mudah rapuh malah terus megah membelah ombak sehingga kita sampai ke destinasi yang kita akhirnya berlabuh di pelabuhan yang diimpikan selama ini.

Bukan semua orang yang mampu menempuh semua ujian ini. Ada yang jatuh namun bangkit kembali di akhirnya. Tetapi, setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Jangan kerana satu kesilapan, kita terus menghukum seseorang itu sehingga melupakan 1000 kebaikan yang telah dilakukan selama ni. Tiada yang sempurna kecuali Tuhan.

Cuma, sebagai seorang insan yang lemah, kita harus belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan selama ini. Belajar untuk menjadi lebih baik dari hari yang sebelum nya..

LUAHAN DARI HATI;
DANNIEL KIT

0 comments: