Tuesday, March 10, 2009

Hati Menangis Tak Siapa Tahu.....

Salam sejahtera kepada semua nya..terutama sekali kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini tak kira di mana berada walaupun nun jauh di pelusuk dunia sekalipun. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Penat sgt hari ni. Bila dah terjaga je, jam dah kul 9.00 pagi. Tapi tak apa, coz hari ni ambik cuti. Penat tak hilang lagi sepenuhnya. Semalam tidur lambat, entah kul berapa balik umah. Maklum la hidup bujang, masa ni je la nk lepak-lepak kuar ngan member.

Terasa mcm ringan je tangan ni nak menaip sesuatu kat blog aku ni. Nak "share" citer apa ek?..
Sedih ke, gembira ke...suka duka ke? Percintaan ke?..Ermm....taip je la apa yg terlintas di hati. Apa yang penting semua nya adalah mengenai apa yang tersurat dan tersirat di hati. Mungkin dapat dikongsi dengan sesapa sahaja yang sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni jiwa ni macam kekosongan..Seolah-olah hidup ni sentiasa ada kelemahan n kekurangan. Memang tak dapat dinafikan, kekurangan tu sentiasa ada, tapi bila difikirkan semula, ketenangan yang dicari tu seolah-olah tak ditemui. Terlalu banyak perbezaan yang aku dapat rasakan. Namun, sebagai seorang manusia, aku tak akan pernah berputus asa untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik.

Hidup ni umpama lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain. Semata-mata ingin memastikan insan lain tersenyum..gembira dan tertawa walaupun hakikatnya hati yang tak siapa yang tahu. Senyum yang terukir di bibir belum sebagai rumusan awal bahawa hati di dalam pun turut tersenyum????.. Tak pernah terlintas untuk menyesali, malah semua yang dilakukan atas dasar keikhlasan dan perkara yang paling utama adalah kerana rasa cinta yang tiada tandingan. Benar kata org, bertapa hebatnya kuasa cinta itu sehinggakan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita cintai..keluarga, Sahabat dan segalanya..
Yang paling utama adalah cinta kepada Tuhan yang satu..

Paling utama ketika ini adalah untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan semoga mendapat kehidupan yang lebih cerah suatu hari nanti. Semoga orang-orang yang aku sayangi akan terus menjalani kehidupan dengan jayanya.

Andai ditakdirkan sutu hari nanti, aku tak dapat memenuhi segalanya seperti yang diinginkan,..atau pun tak mampu menjadi insan seperti mana yang diharapkan, Aku ingin memohon maaf..Mungkin aku tidak berdaya, kerana aku juga adalah manusia biasa yang penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan. Aku juga tak sempurna dan selalu melakukan salah dan silap. Tetapi, lumrah kehidupan memang tidak pernah adil. "Satu Kesilapan, Mampu Menutupi 1000 Kebaikan" yang pernah kita lakukan sebelum ni.

Tetapi, Selagi kudrat masih ada, aku akan pastikan yang terbaik terutama kepada insan-insan yang paling rapat dgn aku..dan yang paling aku sayangi.Terutama sekali kepada sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku dan menyayangi aku, terima kasih atas segalanya. Aku sangat menghargai kehadiran anda. Walaupun di antara kita mungkin tak akan dipertemukan lagi suatu ketika nanti, di harap kenangan yang tercipta akan terus tersemat di hati sanubari anda semua. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan aku amat menghargainya...

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA...

0 comments: