Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.
a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri lebih banyak bercakap dari mendengar berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak.
b) Personaliti Pendiam
Bersifat lebih suka menyendiri sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai mudah merasa diketepikan dalam keramaian lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa
Bersifat:mahu jawapan yang pasti dan tepat suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu kurang mempunyai firasat
d) Peramal
Sifatnya:gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut sering memberi jawapan berbentuk umum gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti Pemikir
Bersifat:mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik yang penting dia mestilah benar setiap masa kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti Sensitif
Bersifat:sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain
Agak-agak, aku yang mana ek?
hehe..
Hanya Tuhan je yang tahu..
Tuesday, March 24, 2009
RAHSIA PERSONALITI DIRI
Posted by Danniel Kit at 1:37 AM 0 comments
Monday, March 23, 2009
KENANGAN DI KOTA BHARU






Posted by Danniel Kit at 9:38 AM 0 comments
Monday, March 16, 2009
"TERATAK SEPI"

Posted by Danniel Kit at 7:04 PM 1 comments
Sunday, March 15, 2009
SUMMER CAMP, IN-HOUSE TRAINING
Posted by Danniel Kit at 10:42 PM 0 comments
Wednesday, March 11, 2009
"BELAJAR DARI KESILAPAN"
Semenjak kita dilahirkan di dunia ini,.. peralihan dari seorang bayi sehingga menjadi seorang insan seperti mana diri kita pada hari ini adalah satu proses yang sangat indah sekali. Semenjak kecil, kita sentiasa belajar dan terus belajar untuk mengenali dunia. Belajar melihat, mendengar, merangkak, berjalan dan belajar segala nya tentang erti kehidupan yang sebenar.
Kini, tanpa kita sedari..masa berlalu begitu pantas. Seolah-olah baru semalam kita didodoikan di dalam buaian dan seolah-olah bagaikan semalam kita bermain, bergurau senda dan menikmati segala keindahan di zaman kanak-kanak yang penuh keriangan. Indah kan? Sehingga kita beralih pula ke alam dewasa.... Tiada kata yang dapat menggambarkan bertapa indah dan manis nya semua kenangan itu. Pasti terselit segala kenangan pahit dan manis yang tak mungkin akan pudar dari ingatan untuk selama-lamanya.
Setiap hari kita sentiasa belajar sesuatu yang baru. Bukan sahaja belajar menuntut ilmu untuk berjaya di masa hadapan malah, yang paling utama adalah belajar erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kata orang, pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan tahu menilai erti hidup ini sama ada untuk memilih ke arah kebaikan atau pun kehancuran.
Takdir hidup kita adalah ditangan kita. Walaupun takdir itu Tuhan yang menentukan, tetapi jangan berserah 100% kepada takdir. Selebihnya, kita sendiri yang perlu untuk terus berusaha untuk mengubah takdir hidup kita. Hanya orang yang kuat berusaha sahaja yang akan berjaya menggapai apa yang mereka inginkan dalam hidup ini.
Setiap langkah, setiap sudut di dalam hidup ini, penuh dengan onak dan ranjau. Liku-liku kehidupan ini amat panjang, malah setiap hari kita perlu menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang kadangkala membuatkan kita hampir jatuh tersungkur.
Hidup kita umpama sebuah kapal yang sedang berlayar menuju ke destinasi. Ribut dan taufan adalah rintangan yang perlu kita tempuh. Jika patah layar nya, maka karam lah kita ditengah lautan di hempas ombak dan badai yang langsung tiada belas kasihan dan terus hanyut. Tetapi, sekiranya bahtera kita kuat, sekuat iman di dada, walau sehebat mana pun ombak dan badai yang datang, kita tak akan mudah rapuh malah terus megah membelah ombak sehingga kita sampai ke destinasi yang kita akhirnya berlabuh di pelabuhan yang diimpikan selama ini.
Bukan semua orang yang mampu menempuh semua ujian ini. Ada yang jatuh namun bangkit kembali di akhirnya. Tetapi, setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Jangan kerana satu kesilapan, kita terus menghukum seseorang itu sehingga melupakan 1000 kebaikan yang telah dilakukan selama ni. Tiada yang sempurna kecuali Tuhan.
Cuma, sebagai seorang insan yang lemah, kita harus belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan selama ini. Belajar untuk menjadi lebih baik dari hari yang sebelum nya..
LUAHAN DARI HATI;
DANNIEL KIT
Posted by Danniel Kit at 5:36 AM 0 comments
Tuesday, March 10, 2009
Hati Menangis Tak Siapa Tahu.....
Salam sejahtera kepada semua nya..terutama sekali kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini tak kira di mana berada walaupun nun jauh di pelusuk dunia sekalipun. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya.
Penat sgt hari ni. Bila dah terjaga je, jam dah kul 9.00 pagi. Tapi tak apa, coz hari ni ambik cuti. Penat tak hilang lagi sepenuhnya. Semalam tidur lambat, entah kul berapa balik umah. Maklum la hidup bujang, masa ni je la nk lepak-lepak kuar ngan member.
Terasa mcm ringan je tangan ni nak menaip sesuatu kat blog aku ni. Nak "share" citer apa ek?..
Sedih ke, gembira ke...suka duka ke? Percintaan ke?..Ermm....taip je la apa yg terlintas di hati. Apa yang penting semua nya adalah mengenai apa yang tersurat dan tersirat di hati. Mungkin dapat dikongsi dengan sesapa sahaja yang sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni.
Entah kenapa, sejak kebelakangan ni jiwa ni macam kekosongan..Seolah-olah hidup ni sentiasa ada kelemahan n kekurangan. Memang tak dapat dinafikan, kekurangan tu sentiasa ada, tapi bila difikirkan semula, ketenangan yang dicari tu seolah-olah tak ditemui. Terlalu banyak perbezaan yang aku dapat rasakan. Namun, sebagai seorang manusia, aku tak akan pernah berputus asa untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik.
Hidup ni umpama lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain. Semata-mata ingin memastikan insan lain tersenyum..gembira dan tertawa walaupun hakikatnya hati yang tak siapa yang tahu. Senyum yang terukir di bibir belum sebagai rumusan awal bahawa hati di dalam pun turut tersenyum????.. Tak pernah terlintas untuk menyesali, malah semua yang dilakukan atas dasar keikhlasan dan perkara yang paling utama adalah kerana rasa cinta yang tiada tandingan. Benar kata org, bertapa hebatnya kuasa cinta itu sehinggakan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita cintai..keluarga, Sahabat dan segalanya..
Yang paling utama adalah cinta kepada Tuhan yang satu..
Paling utama ketika ini adalah untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan semoga mendapat kehidupan yang lebih cerah suatu hari nanti. Semoga orang-orang yang aku sayangi akan terus menjalani kehidupan dengan jayanya.
Andai ditakdirkan sutu hari nanti, aku tak dapat memenuhi segalanya seperti yang diinginkan,..atau pun tak mampu menjadi insan seperti mana yang diharapkan, Aku ingin memohon maaf..Mungkin aku tidak berdaya, kerana aku juga adalah manusia biasa yang penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan. Aku juga tak sempurna dan selalu melakukan salah dan silap. Tetapi, lumrah kehidupan memang tidak pernah adil. "Satu Kesilapan, Mampu Menutupi 1000 Kebaikan" yang pernah kita lakukan sebelum ni.
Tetapi, Selagi kudrat masih ada, aku akan pastikan yang terbaik terutama kepada insan-insan yang paling rapat dgn aku..dan yang paling aku sayangi.Terutama sekali kepada sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku dan menyayangi aku, terima kasih atas segalanya. Aku sangat menghargai kehadiran anda. Walaupun di antara kita mungkin tak akan dipertemukan lagi suatu ketika nanti, di harap kenangan yang tercipta akan terus tersemat di hati sanubari anda semua. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan aku amat menghargainya...
SALAM SAYANG UNTUK SEMUA...
Posted by Danniel Kit at 10:02 PM 0 comments
Wednesday, March 4, 2009
RINDU NAK BALIK
Lama sangat rasa nya dah tak menjenguk kat blog ni. Rindu lak rasanya nak menaip dan berkongsi cerita kat sini. Yer la kan, dah selalu sibuk ngan kerja dan pada masa yang sama jarang ada masa nak "update" blog ni..
Tak terasa dah bulan Mac. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tanpa sedar dah begitu hampir ngan bulan May. Rindu hati memang tak payah nak cakap lagi la. Dah setahun tak balik kampung. Malah dah hampir 4 tahun tak pernah jumpa adik saya yang no 2. Sebelum study kat Shah Alam, masa tu dia kat Miri..keja. So x sempat nak jumpa dia..Then bila balik cuti semester lak..dia tak ada pulak kat umah. Semua dah sibuk ngan tugas masing-masing.
Ayah pun dah plan nak semua kita org adik beradik berkumpul ramai-ramai masa Perayaan Hari Gawai tahun ni. Dapatlah melepaskan rindu dah lama tak berjumpa.
Tak sabar rasanya nak balik Sarawak. Ermm..mesti best gilerr
Posted by Danniel Kit at 1:20 AM 0 comments